Wednesday, March 21, 2012

MACAM MANA MAU PUTUS ASA??? AKU BENAR-BENAR TIDAK TAHU...

Adakalanya aku cuba mencari formula, kaedah bagaimana untuk 'berputus asa', 'berhenti berharap'...tapi, pasti dan pastinya aku akan menemui jalan buntu ke arah itu.... ingin aku hentikan semuanya hingga tidak ada pun yang tinggal walaupun di minda mahupun di hati aku, tapi, itu amat mustahil untuk terjadi...
Aku hentikan aktiviti yang biasa aku buat sebelum ini, tapi pendaman dalaman yang aku rasa, semakin lama semakin membuak...akan ada saja tindakan yang aku buat agar apa yang terpendam itu dapat dilaksanakan walaupun mungkin bukan caranya...
Hingga satu masa, aku terfikir, ke aku ini sudah ditakdirkan untuk melaksanakan apa yang perlu aku laksanakan... sehinggakan tidak ada ruang untuk aku berada di dalam situasi 'putus asa', 'berhenti berharap' dan sebagainya yang berkaitan. Seperti jiwa aku ingin lakukan ketika ini... Tidak pernah lari daripada memikirkan bisnes yang ku lakukan ketika ini..Mungkin hasilnya tidaklah nampak gempak lagi, namun saban hari momentum itu ku rasa ada saja mengalir selari dengan perjalanan darahku, seiiring dengan hembusan nafasku... pernah aku terfikir untuk ku tukarkan haluan kompas bisnesku, cuba membuat bisnes lain yang lebih 'masyuk' tapi mesti hajat dan jiwa aku tidak kesampaian...It's not about money anymore, but it's about how to achieve the highest level yang boleh aku tempuhi sekarang ini...
Even mak dan ayah aku sendiri kurang faham apakah sebenarnya tengah aku lakukan sekarang ini...cuma, yang penting, mereka sentiasa memahami dengan apa yang ku laksanakan ketika ini..
memang mencabar, memang banyak dugaannya... bukan senang nak daki semula gunung yang tinggi itu..tapi, hati dan jiwa aku, tidak henti-henti ingin melakukannya....
Jadi, aku teruskan juga apa yang aku lakukan sekarang ini...dan aku tidak peduli akan apa yang orang lain akan perkatakan kerana aku lebih tahu dan lebih arif tentang apa yang diri aku boleh lakukan....aku lebih memahami diri aku yang sering kali dan sentiasa inginkan sesuatu yang mencabar lagi dan lagi...hilang cabaran, maka aku pasti akan bosan dan menyampah...aku tahu apa yang boleh aku lakukan dan yang penting aku sentiasa akan pastikan hasil yang aku lakukan itu ukar untuk orang lain jejaki dan ikuti...
Oleh itu, kepada sang pembaca sekalian, jika kamu sudah merasa bosan apatah lagi menyampah dengan apa yang kamu lakukan sekarang ini, ayuh!!! cari suasana baru dan yang lebih penting, biarlah ianya menepati jiwa kamu...seperti apa yang pernah diajarkan pada aku tentang satu law of nature; THE LAW OR DOING MORE THAN WHAT YOU GET PAID FOR...law ini betul2 berkesan...and you will get paid later based on what you have done...trust me because I'm always there to face it.....

hingga kita berjumpa lagi....

-KS NAZRI A.K.A AZZUHUDI-

No comments:

Post a Comment