Sunday, June 25, 2017

PERMULAAN DI SEGAMAT

Assalamualaikum sayang.
Macam mana persiapan raya?
B tengok kat FB tadi,  macam-macam sayang buat. Nampak meriah.. OK lah tu... Cuma B tertanya-tanya, kenapa sayang maklumkan kat B yang sayang balik kedah semalam padahal hari ini sayang masih di Penang?  Kenapa tidak berterus terang je.  Sayang jangan salah faham pula bila B tanya soalan ni. Bukan B nak marah atau pertikai, sebab itu hak sayang cuma untuk perkara sebegitu pun macam ada Benda sayang sembunyikan. Walaupun B tahu kah pasal perkara tu,  B memang tak nak ganggu masa sayang dengan family. Yes, I'm always wanted to  become a part of it but kalau sayang tak nak B ada kat sana,  B boleh terima. Cuma,  just tertanya-tanya je.
Jangan marah ye....
B sekarang ada kat kampung zul.  B nak maklumkan kat sayang but masa tu sayang kata ada kerja nak buat.  B gerak tadi pukul 7.00 pm,  sampai kampung zul dalam pukul 11 malam  sebab jalan tak biasa lagi. Sempat juga jalan-jalan dengan zul pi tengok barang kat dataran Segamat. Sampai pukul 3 pagi lah merayau
Along the way nak kena kampung zul,  B terkenang saat-saat di ambang Raya dengan sayang last year. Time tu B sampai sana 2 hari sebelum raya, kan. Dan masa tu ada mak Siti ada krisis dengan dila.dan B nampak raya macam kurang best among famili sayang sebab masing-masing buat hal masing-masing. But,  to honest,  I feel grateful yang semua dah kembali OK this year. Raya tahun ni, sayang sambut together dengan semua adik beradik. So,  it's a good thing, a great moment that maybe I not yet to be there. But,  I hope you never forget about us, since communication between us dah nampak renggang.  Again,  I'll not judge anything, not think anything bad about it,  but I hope there will be fair and honest explanation from you soon.  And I'll wait for it.
OK lah... Dah pukul 3.30. Zul pun dah tido. Esok kena bangun sembahyang Raya....
Miss you so much...

-KS NAZRI@AZZUHUDI-

Thursday, June 22, 2017

4 TIMES IN THE ROW...

Alhamdulillah, hari ini hari keempat berqiamullail, join geng-geng bikers sampai ke masjid Bukit Jelutong. Sekali sekala dalam seumur hidup, kan. Dengar suara bacaan solat dan doa daripada imam masjid,  memang sayu dan memang air mata deras keluar, dan banyak flashback yang berlaku.
Niat di awal Ramadhan, atau ketika Ramadhan hampir menjelma sebelum ini, memang nak banyakkan masa untuk bertafakur dan spend masa dengan muhasabah diri. Cuma, aku tahu aku tidak sebaik orang lain,  memang aku akui aku ni tidak serajin orang lain untuk beribadat dan beramal, pendosa yang tegar dan selalu tinggal solat apatah lagi puasa. Cuma aku percaya, aku sebagai makhluk berhak untuk mengadu atau merintih atau meminta pada Yang Maha Kekasih. 
Aku sedar mana mungkin semudah itu setiap dosa dan salah aku diampunkan tetapi aku percaya yang Allah itu Maha Pengampun dan suka jika mana-mana hambaNya memohon dan datang sujud padaNya.
Bukan aku nak tunjuk baik atau kononnya aku ni nak jadi baik ke, apa ke, cuma ada masa yang hati aku sendiri tidak tertanggung untuk perkara-perkara yang dihadapi sebelum ini.  Hendak berkongsi atau mengadu dengan siapa-siapa, belum tentu ada yang punya masa untuk mendengar.  Ye,  aku faham, masa-masa begini dalam bulan Ramadhan, masing-masing ada yang sibuk berniaga, ada yang mungkin sibuk untuk persiapan itu dan ini,  jadi Jalan yang terbaik adalah mengadu dan merintih denganNya. Tu sebab Ramadhan kali ni lain macam sikit.
In sha Allah, aku harap banyak hikmah akan diperolehi dan banyak perkara boleh diperbaiki.  Aku ini iman tak kuat dan bila-bila je boleh terjerumus cuma bila hati ada kekuatan untuk meminta dan berdoa maka teruskan selagi ada lagi ruang untuk aku bertafakur untukNya. In sha Allah...
Maybe ramai salah faham sebab bila nak mengadu atau berdoa bukan semestinya nak kena jadi alim, jadi baik macam malaikat but siapa pun kita, dan apa yang kita buat,  itu part lain tetapi semua berhak atau boleh merintih denganNya. Allah suka akan hamba-hambaNya yang meminta dan mengadu padaNya.  Jadi bukan kita yang tentukan samada diterima atau tidak amalan kita, Doa kita cuma kita boleh lakukan apa yang terbaik yang mampu dilakukan.
That's why when I do "crime", I'll do it alone or just with my "crime" partner...hahahahahaha...

Wednesday, June 21, 2017

BENDA YANG AKU RISAUKAN...

lebih kurang, bulan yang sama, 7 years ago...
ni yang aku risau....harap semua ok je...
salah satu emel, 7 years ago..yang aku baru perasan tarikhnya dan suasananya...
Ya Allah, jangan berulang lagi..please.....

KAD RAYA ISTIMEWA...

Assalamualaikum sayang.
Harap sihat hendaknya. Mesti dah lama tak dapat kad raya kan.
A lot of thing happen, kan…
Actually, B minta maaf sangat2 kat sayang, untuk setiap kesalahan dan kesilapan B.
Bila flashback balik, rasa kesal dengan apa yang berlaku yang mana ada menyakiti dan menyusahkan sayang. B harap, our relationship become better and better after this.
I do understand, things getting tough and challenging sejak kebelakangan ni. Whatever happen, I’ll support you, any aspect dengan apa yang B ada.
B ucapkan, Selamat hari raya Aidilfitri untuk sayang since tak dapat beraya bersama tahun ni.
By the way, B berdoa agar keadaan mak siti bertambah baik and also for you dan juga yang lain, hope you are in a great health also.
Banyak yang B nak kongsikan untuk sayang, but biarlah B tuliskan semua itu di mana tempat B selalu tulis…

B sebenarnya rindukan sayang..hope can meet you soon again…
Love you so much...

-KS NAZRI @ AZZUHUDI-

p/s: disertakan dengan selendang putih....


Saturday, June 17, 2017

SHORT TIME BUT HAVE QUALITY...

Surprise... Sebenarnya nak buat macam tu Semalam tapi bila tengok respon,  macam hambar pun ada.  Yelah,  pada mulanya B tengok sayang macam serba salah dan B pula tiba-tiba rasa jadi orang asing.
B datang jumpa sayang sebenarnya,  Yup, nak melepaskan rindu,  nak buka puasa sama sebab dah lama tak makan sama, borak-borak dan paling penting B nak tengok keadaan sayang serta kalau sempat,  nak ajak sayang beli baju raya...
Maybe B datang bukan pada masanya sebab tengok sayang nampak letih sangat. B minta Maaf dan B harap sayang tak salah faham.. Tidak bermakna sayang tak Sempat atau kurang lapang untuk layan tetamu macam B ni, B akan buat sangkaan melulu,  Contoh salahkan sayang ke,  B terasa ke. Jangan salah faham.  Sebab kalau B terasa ke,  dah lama B melenting sebelum ni,  masa sayang tak balas mesej B.  B kena adil. Tu sebab B datang sendiri,  kot-kot ada penjelasan yang sebenarnya.
Dan B memang nak bantu sayang untuk kurang kan beban sayang sekarang ini, memandangkan kesihatan mak siti yang semakin teruk.  Cuma sayang Pastinya mahu fokus dahulu, cari duit dan bantu perniagaan mak siti. Tu yang B nampak.
Dan B minta maaf juga sebab tak bawa Kek lapis disebabkan isu lambat dapat modal,  isu kilang yang kurang pekerja Dan stok habis sebab tak banyak.  In sha Allah,  B akan cuba usahakan untuk sayang,  at least boleh cover sikit kewangan sayang.
B juga cuma nak pastikan hubungan kita masih elok.  Sebab once communication breakdown,  macam-macam Benda boleh berlaku.
And,  bunga orkid tu B beli semalam masa jumpa saiful.  Dia ajak pi nursery dekat dengan masjid kat sungai buloh, lepas solat jumaat. I don't know if you like it or not, but hope you can take care the orchid.  Siram seminggu sekali,  baja sebulan Sekali dan tak perlu letak kat luar.  Dalam bilik pun ok.
And one more thing...
Thanks sebab sudi juga luang masa semalam untuk minum sekejap  walaupun dah letih sangat...
Always missing you...
Love you forever...

-KS NAZRI @ AZZUHUDI -

Thursday, June 15, 2017

SENTIASA DI HATI...

Assalamualaikum sayang.
Semoga sayang sentiasa sihat...
Hari ni B nak kongsi sesuatu yang buat pertama kali B alami.
Nama B terpampang kat media pasal program charity hari tu.  Bukan sesuatu yang B perlu banggakan tetapi B harap menjadi suatu momentum motivasi terutamanya kepada diri B sendiri.
Sayang,
Beberapa kali B mesej sayang tetapi sayang tak reply atau respon apa pun.  B cuma risau kot2, sayang marah atau ada benda Baik buat silap.
B memang rindukan sayang.  Setiap hari sejak sayang kembali ke Penang,  B sentiasa berusaha agar ada kemampuan untuk B bertemu dengan sayang dan bersama kita berbuka puasa.
B perasaan kadang-kadang sayang online,  dan sayang respon orang lain. B tau itu hak sayang cuma,  B tertanya, risau dan tak senang tidur bila part B sayang tak respon langsung.
Mungkin sayang ada problem atau sayang nak bersendirian, cuma B tak nak atau tak mahu muncul jurang dalam hubungan kita.  Tapi B takkan buat apa2 andaian selagi B tak jumpa sayang.  In sha Allah,  Ada modal,  B akan bawa Kek lapis untuk sayang sebab sticker dah ada.  B pun tak sangka dapat buat sticker macam tu,  design sendiri. 
B harap kita dapat berjumpa lagi. Dan B tak pernah berputus asa untuk apa yang mendatang,  cuma kadang-kadang ada rasa sedikit down.
Always missing you...
Love you so much...

-KS NAZRI @ AZZUHUDI -

Wednesday, June 14, 2017

HIJRAH YANG BAGAIMANAKAH???

(Buat insan tersayang, Dina...)

Tadi berjumpa dengan sahabat bernama saiful,  banyak yang kami borakkan kalau berjumpa... Berjam-jam memang tak lari.  Banyak yang kami kongsikan bersama.  Aku berkongsi tentang program charity yang baru sahaja dilaksanakan Baru-baru ini sehingga kami berbual topik tentang hijrah.
Ia membawa aku berfikir bersamanya apakah yang perlu dikejar dalam hidup... Betul, wang ringgit itu perlu dan segala-galanya buat masa kini, namun apakah itu yang hakiki? Ada duit pun hati gusar sebab takut akan ada sahaja yang tidak cukup,  tiada duit pun susah hati sebab bagaimana untuk tanggungan belanja seterusnya...
Maka, yang dikejar bukan duit sebab pastinya Ia tidak kena dengan jiwa. Jiwa amat dalam kemahuannya.  Apatah lagi halnya si sang pendosa seperti aku ini,  pasti kuat jiwa itu memberontak mahukan haknya.
Ini bukan soalnya cinta aku pada si dia,  bukan pula isunya tentang Keluarga,  bukan isunya tentang kerjaya atau apa yang diniaga, tetapi berkaitan pucuk pangkal bila melaluinya. Benar,  kadang terasa minda dan jiwa letih melayan karenah kehidupan.  Keluar rumah sudah fikir minyak nak kena isi, perut mau makan, layan karenah manusia sekeliling,  hujung bulan mau bayar itu bayar ini,  belum kisahnya berjauhan dengan yang tersayang,  belum lagi selesainya hal-hal tertunggak.
Kehidupan yang bagaimanakah sebenarnya perlu dilalui?
Kadang terasa sangat jauh... Jauh daripada yang Maha Kekasih.  Kadang rasa rindu,  rindu akan kalam Ilahi. Mungkin mata zahir dan mata batin sudah kabur akan indahnya dunia yang sementara. Mungkin hati sudah gelap hingga menafikan yang hak mahupun yang sebenarnya. Mungkin sudah tunduk pada keperluan dunia hingga lupa tanggungjawab pada yang Esa. Mungkin jalan yang diambil itu sudah tersasar jauh hingga lupa dimanakah asalnya dan awalannya.
Aku cuma inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan yang mana aku boleh kongsikan dengan orang yang ada di sisi yang mana cintaku adalah kerana Allah.
Maaf,  mungkin diriku banyak berbuat dosa, dan mana mungkin aku ini layak pengampunanNya.  Cuma saya ini aku perlukan panduan ataupun sedikit petunjuk untuk hidup yang bagaimanakah yang layak untuk aku lalui. Aku tidak sekuat yang disangka,  namun aku berharap masih ada kekuatan untuk aku dariNya...

-KS NAZRI@AZZUHUDI-

Saturday, June 10, 2017

IT'S NOT ABOUT ME, AT ALL....

TODAY....
Nothing is more important rather than the legacy that being build for future generation...
For my late father and my living beauty mother, this is for both of you; for your inspiration, blessing, permission, trust, patience, sacrifice and pray that always believe in me...
For my sibling, this is for all of you; nothing I can share with you but my stupidity that you can learn from it or my hell of life that can inspire all of you...
For my sifu and teachers; this is for you; It's not your mistake if I'm still not enough to be so called "mankind"...
For the one that I love, this is for you; This is one of many path a way that I learn that can make you the queen of heaven...
For my friends, acquaintance; this is for you; something that we can share to strengthen our mutual relation...
For my team; This is for all of you; I can't promise a handsome salary, or pretty reward for your performance but always believe in "The law of doing more than what you get paid for"...
and for the rest of human kind, this is for all of you; Life is to live, to learn, to love and to leave a legacy...

- KS NAZRI@AZZUHUDI-




Tuesday, June 6, 2017

ACTUALLY, I WROTE THIS BECAUSE SORT OF IT RELATED WITH YOU AND US..

It's ok...
What goes around, comes around...
It's happened before and it's always happened again and again.
It's just a circle that will meet the basic point...
To understand also have to be empathy then can be understood...
Life is always fair, but only human make it seem unfair.
That's always make judgement will end up with confusion and mess up...



Feel like to share:

When I park in front of them,  one of them pointing his finger to  me. I do understand when people getting drunk,  their will lost a bit of their rationality. (only people that went through it, knows it)
But other smile and apologize to me on be half of him due to his action.
if we just look into one side only without empathy to other aspect,  definitely we will take,  maybe some inappropriate action to respond it.
But if we look things with variety angle of aspects,  we will see the difference. This is what we call as PARADIGM: They way we see thing and respond through it according to our action. It will determine people judgement. And many of us will do wrong judgement and always realize and regret it when the time's gone.
we might be not a good person,  but it doesn't mean we are totally  a bad person.
I'm always believe that each of us got precious diamond  inside us but it depend on how we explore ourselves and give a chance to our self become a star top in the sky...

p/s: what happened to my English? Seems worst...

To DINA,  the person that I love,  the thing that I wrote above is a bit related with you and us...Don't get me wrong,  I'm not blaming but it is something that both us have to think,  always... 

Miss you... 


-KS NAZRI @AZZUHUDI-

Monday, June 5, 2017

ADA MASANYA, PERLU BERSENDIRI...

Aku duduk seorang lagi...  Bukannya aku tidak ingin bergaul dengan dunia,  tetapi hatiku ingin bersendirian, cuba mengatasi rasa kerinduan buat insan yang dalam Ingatan,  yang ku curahkan kecintaan kepadanya.
Aku sentiasa cuba mempositifkan diri aku sendiri. Dalam keadaan hidup yang bergolak dan sentiasa ada tekanannya, aku sedaya upaya untuk tidak meletakkan sebarang sangka tanpa ada asasnya.  Walaupun jika aku berhak untuk berbuat demikian,  tetapi itu bukan jalan terbaik untuk aku ambil sebagai kesimpulan.
Sebagaimana yang pernah aku sampaikan pada yang lain,  dan Sebagaimana yang pernah aku ajarkan pada diriku,  berlaku adil lah untuk setiap perkara,  walaupun perkara itu dalam pemikiran atau sangkaan.
Mungkin dia punya alasan tersendiri,  mungkin dia punya sebab yang perlukan masa untuk diperjelaskan.
Mungkin kerana aku ini fobia.  Sebab takut akan rasa kehilangan orang yang disayangi.
Kata orang, mudah untuk mendapat bahagia,  namun bukan semua mendapatkannya dengan jalan mudah.  Ada yang perlu lalui pelbagai perkara untuk masa yang lama, hanyasanya untuk mendapatkan walaupun setitik kebahagiaan.
Inilah kisahnya bila sudah mendalami cinta,  kerana aku memang serius untuk setiap perkara. Dan aku bersungguh untuk mendapatkannya.
Mungkin dia perlu masa untuk berfikir.  Tentang apa yang dia miliki,  tentang apa yang dia lalui.  Mungkin ada sinar untuk hari esok,  cuma  kesabaran kini menjadi ketentuan untuk apa yang bakal terjadi.
Jika dia dapat memahami dan mampu mendengar rintihan hati,  ketahuilah bahawa aku merindui...

-KS NAZRI @ AZZUHUDI-

Sunday, June 4, 2017

SURAT BUAT DYNA (2)

assalamualaikum sayang.
Semoga sayang sentiasa sihat dan gembira.
Selamat berbuka puasa sayang.
In sha Allah,  ada rezeki B akan sampai ke tempat sayang,  then boleh berbuka puasa bersama.
Lama sayang tak reply mesej B. B risau  kot-kot B ada buat salah ke.
Kalau B ada buat salah,  just maklumkan kat B.  B tak nak lah sayang senyap je.
By the way,  hal Kat sini,  in sha Allah,  amim akan buat program charity hujung minggu bersama geng2 to rider. Ada dua tempat yang ditujui,  sekolah tahfiz area sekinchan dan sekolah tahfiz area batang kali.  Kalau ada sayang, mesti syok kan.
Then lagi Satu,  memang B akui ada benarnya kata sayang sebelum ni,  berkenaan raya.  Hal2 yang B bagitau kat sayang hari tu memang boleh dikecualikan, sedangkan banyak prinsip B yang B kecualikan untuk sayang,  takkan untuk famili tak boleh.  So,  surprise and good news,  in sha Allah,  raya tahun  ni,  buat sekian lamanya B akan balik kampung. Tiket dah beli, 27hb Jun,  Raya ketiga.  Tiket balik sini,  kamu kemudian B beli.
In sha Allah,  ada rezeki B akan bawa sayang Sekali nanti. 
Walau apa pun yang berlaku,  B tetap cintakan sayang. Melainkan kalau sayang sudah berubah hati,  tu B tak tahu dan B harap tak lah macam tu.
Reply me when you ready or have time...
Always miss you,  a lot....

Yang merindui dari jauh,

-KS NAZRI@AZZUHUDI-

Saturday, June 3, 2017

SURAT BUAT DYNA...

Assalamualaikum sayang.
Semoga warkah ini boleh sampai ke pemerhatian sayang,  yang mana mungkin bukan dalam sesegera utusan atau mungkin dibaca bila tiba masa hadapan.
Alhamdulillah, B masih berada dalam keadaan sihat.  Sayang macam mana?  B harap apa yang penting sayang sentiasa jaga kesihatan sayang, jangan lupa makan ubat.
B sebenarnya rindukan sayang.  Sebab sayang pun balas mesej B sekerat-kerat.  B tahu sayang busy cuma kadang -kadang B tertanya juga yang kalau sayang boleh online kat FB, Kenapa takde reply pada mesej B.
Sayang jangan salah faham pula,  B bukan marah,  cuma B nak sampaikan rasa rindu B pada sayang.  B tak nak lah berpra sangka apa-apa, maybe sayang penat sebab mak siti pun maybe tak sesihat dulu, jadi banyak kerja sayang kena buat.
Untuk pengetahuan sayang,  B tengah usahakan modal untuk projek Kek lapis kita yang mana in sha Allah pasti akan dapat dilaksanakan.  Cuma harap sayang tak putus harap Dan tak give up untuk perkara ini. At least bila ada kek lapis,  dah boleh tambah pendapatan sikit-sikit.
Cuma,  Kalau ada kelapangan,  B harap dapat berborak dengan sayang,  paling tidak pun dapat bermesej dengan sayang.
Doakan B kat sini agar apa yang diusahakan bakal menampakkan hasil tidak lama lagi, in sha Allah.
Sekadar itu sahaja dahulu daripada B.
In sha Allah,  B akan menulis lagi, untuk tatapan sayang.

-Yang jauh merindui-
KS NAZRI

LAGI AKU RINDU...

Aku memang rindu...
Benda yang kadang-kadang rasanya nikmat dan kadang-kadang rasanya pedih.
Atau memang macam tu kehendaknya bila perasaan mula bergolak gelisah sengsara.
Banyak kali berlaku,  dan selalu membuatkan aku risau tak tentu.
Salahkah aku atau apakah salahku?
Atau itu takdirku?  Bukan menidakkan apatah lagi menafikan tetapi benda dalaman, itulah puncanya yang bikin banyak kesan.
Apakah aku tidak menuturkan atau hanya diam sahaja yang dimahukan dan bila mana itu berlaku, dikatakan pula bosan.
Entahlah..banyak kali berlaku. Mungkin perasaan yang risau akan kehilangan.  Sebab banyak kali berlaku.  Takkan perlu dihitung satu persatu.
Sengaja aku pertahankan agar tidak aku tuliskan tapi hati lama-lama tidak tertahan.
Hanya mampu menulis apa yang terpendam, apa yang disimpan.

-Azzuhudi-

Thursday, June 1, 2017

PERKONGSIAN TENTANG APA YANG DIPERJUANGKAN

setiap orang,  pasti akan ada perkara yang diperjuangkan dalam hidup.
Ada yang mudah baginya dan ada juga merasa sukar bila menghadapinya.
Walauapa pun yang diperjuangkan,  ianya pasti bersangkutan dengan apa yang ingin dicapai atau diperolehi.
Adakalanya ketika itu pandangan dikaburi dengan indahnya kaca di dinding yang bisa membuatkan kita alpa seketika.
Adakalanya ketika itu pandangan dikelirukan antara batu atau permata yang mana sukar untuk pilihan dibuat.
Adakalanya ketika itu pandangan dibukakan kepada kebenaran yang nyata namun golakan hati mempersoalkan segalanya.
Bohonglah diri bila mula menafikan.
Lemahlah diri bila mula mengabaikan.
Maka lupalah diri bila tidak dipedulikan.

-Azzuhudi-

Wednesday, May 31, 2017

KADANG-KADANG BETTER KUNYAH SAMPAH

Selamat berbuka pada semua.
Sekadar perkongsian di bulan Mulia.
Baru-baru ni, aku ada menjengah ke beberapa baazar untuk memberikan Judah berbuka puasa. Yelah, niat di hati nak bantu orang kita berniaga. So,  beli lah kuih Dan beberapa jenis bubur.
Apa yang mengecewakan,  ada antara peniaga yang Mungkin nak jimat tapi memberikan produk yang kurang berkualiti: Contoh bubur kacang hijau kurang santan atau macam Takde santan,  abc dah rupa sirap je bila dah cair sebab susu letak sikit sangat,  tapi letak harga jual macam nak pergi Naik haji 15 kali setahun.
Pengajaran buat semua, Benda niaga terutama makan ni,  kena jaga kualiti. Memang diakui banyak isu pasal barang naik, kuasa beli dah kurang but itulah dunia perniagaan.
Kalau takut risiko barang naik ke,  pelanggan Takde ke,  baik tak payah berniaga. Pergi jadi macai siapa-siapa, hujung bulan dapat gaji. Nak gaji naik, belajar kipas bontot.
Isu barang naik ke,  harga tapak mahal ke,  Bukan alasan untuk kita rendahkan kualiti produk.
Ada sesetengah orang,  harga tak kisah mahal atau murah sebab mereka nak kualiti dan rasa makanan tu macam yang asal.
Jika ada peniaga berfikiran macam tu,  sangat Kesian. Sia-sia berniaga tanpa berkat Nanti... "alah, syukurlah dapat makan...tak macam orang lain,  susah... " ni lagi Satu,  bukan isu tak syukur, tapi kadang rasa dikhianati oleh orang kufur...
Orang kita ni kadang-kadang bila diajak belajar pasal business, pasal branding, pasal quality, mulalah list satu badan.
Semoga kita sentiasa meningkatkan prestasi bersama...

P/s: yang kecewa sebab termakan kuih basi dan bubur kacang macam sup cair

-KS NAZRI@AZZUHUDI-

Saturday, May 27, 2017

SHORT CUT NEVER EXIST...

Hari pertama puasa... Masih  lagi cemerlang, walaupun but bibir rasa janggal sebab belum disentuhi oleh apa - apa lagi...  Lama tak puasa kan...  In sha Allah,  become better than last year... (ye ke...???)  Hahahahaah...

(sambung taip lepas berbuka, which is dah isyak) 

Alhamdulillah,  this year Ramadhan,  NGO yang aku run sekarang ni, dapat manage Satu tapak untuk baazar food truck yang dianjurkan bersama dengan Cheras sentral mall. Well,  macam -macam dugaan bila mana nak arrange tempat baru ni. Peniaga nak tengok crowd dulu Dan pihak Mall kalau Boleh nak banyak peniaga, jadi sebagai orang tengah, nak make sure benda boleh jalan bukan mudah macam makan kacang. 

Either ok or not , kena create momentum lah dulu,  bagi kenal tempat ni.  But tak semua orang sabar. Kalau boleh,  buat ini hari, esok dah nampak berjaya macam gempak.  Come on lah.  Nak makan tuai taugeh pun paling kurang nak kena tunggu sebulan.  Ramai yang give up bila tak sabar. Bukan isu berniaga je,  tapi termasuk perkara dalam hidup.  Salah seorang Lawak aku pernah bagitau,  "sabar itu indah" tapi sayang, tak semua sempat melihat kemudahan itu.  Dan ramai yang suka ambil jalan short cut dengan harapan benda boleh setel,  but, Hukum alam tetap Hukum alam. Everything must gone through the process and procedure... 

Oklah... Tiket dah beli... Nak layan movie jap... Cerita terbaru pirate of carribean: Salazar's revenge... 

-KS NAZRI@AZZUHUDI-


Thursday, May 25, 2017

HAMPIR 2 TAHUN AKU TIDAK MENULIS...

Perrrghhh...  Hampir  2 tahun aku  berhenti menulis...  Bila jenguk semula apa yang aku tulis,  aku tanya diri aku pula,  "am I wrote all those thing...? " Hahahahaah... Nak tergelak pun ada.
Maybe sibuk... Ya, setahun dua ni agak sibuk dan sedikit kekok bila mahu menulis semula. But everything will start with the first step.
Mungkin dah sampai masanya kot untuk aku sambung balik penulisan buku aku yang tertangguh hampir 2 tahun.  Skill menulis perlu diasah semula.  Kerna kadang -kadang inilah Cara aku melepaskan tekanan,  apa yang terbuku, yang tidak terucap dengan kata-kata.
Pernah juga aku karang sebuah novel dahulu dan tidak mustahil kali ini mungkin bisa aku karang apa yang bermanfaat buat sang pembaca sekalian.
Who knows,  one day genersi waris aku boleh mengenali aku melalui nukilan aku.
Pastinya,  banyak yang aku ingin kongsikan perjalanan aku sebelum ini yang mana bila aku berhenti seketika daripada menulis...
Soon...

-KS NAZRI@AZZUHUDI-

Wednesday, November 11, 2015

KEPASTIAN BERAKHIRNYA SESUATU, MAKA BERMULALAH SESUATU...YANG TERBAIK...

Kali terakhir aku mencoretkan sesuatu pada blogku ini adalah pada tahun lepas, 28 Oktober 2014, lebih setahun ku tinggalkan blog ini tanpa sebarang update.
Semestinya ada kisah mauhupun cerita yang aku ingin kongsikan buat sang pembaca sekalian yang mana inilah kisah realiti kehidupan yang mana tahu bisa dijadikan panduan dan pedoman untuk para pembaca di luar sana.
Kisah kehidupan bukan terhad skopnya, malah sanagat luas untuk disusunkan satu persatu. Walaupun terhenti penulisan, tidak bermakna perjalanan kehidupan yang pelbagai warna terhenti di situ sahaja, malah semakin lama semakin "adventure".
Jadi, ku mulakan penulisan ini dengan ucapan TAHNIAH (ikhlas dari hati tanpa sebarang perasaan dan emosi yang negatif) buat insan yang pernah ku lafazkan kata cinta dan sayang serta pasangan baru hidupnya. Kali terakhir komunikasi di antara kami ialah pada Ogos lepas dan hanya malam ini, Tuhan 'menemukan' aku secara tidak langsung akan potret perkahwinannya yang baru sahaja berlangsung bulan lepas, Oktober (lebih kurang 2 minggu lepas). Aku tersenyum, dan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang mana telah menemukan dan pasangan ini diijabkabulkan dengan gembiranya. Bagi sesetengah orang mungkin kecewa mahupun sedih, tapi, sejujurnya, aku gembira kerana orang yang pernah aku dicintai dan disayangi sepenuhnya menemui kebahagiaannya. Ini bukan kisah kali pertama berlaku pada aku, dan kisah itu percintaan itu selalunya berakhir sebegitu.
Tidak ada kekecewaan, tidak ada kesedihan, tidak ada penyesalan walaupun setitis kerana melihat  terutamanya saudara seagama menemui jalan kebahagiaan itu, bagi aku sudah cukup memadai. Jika hendak dibicarakan pasal perkara lepas, samada yang indah atau pahit, semuanya sudah disimpan di dalam kotak kenangan. Jika pun ada salah dan silap yang berlaku, awal-awal lagi sudah aku maafkan. Jika ada salah dan silap aku, itu aku serahkan kepada kematangan mereka untuk menilainya.
Seperti yang pernah aku kongsikan sebelum ini, pertemuan aku dengan dia ini adalah pertemuan kali kedua selepas 6 tahun terputus berita. Bila mana bertemu kembali, bagi aku inilah adalah ujian jodoh yang diberikan oleh Ilahi untuk menguji sejauhmana masing-masing bisa menemui pasangan jodoh untuk perjalanan kehidupan di tahap yang seterusnya.
Apa yang buruk, negatif atau tidak elok itu, ku biar, ku buang malah sudah ku jadikan booster momentum untuk aku melangkah dengan lebih pantas dan lebih jauh lagi. Alhamdulillah, banyak perkara baik yang mulai muncul beberapa bulan ini walaupun dalam keadaan yang sukar, tetapi belum ada lagi tanda-tanda untuk aku berhenti di setakat itu sahaja.
Tuhan itu Maha Adil. Ini yang sentiasa dan selalu ditunjukkan kepada aku. KeadilanNya yang sangat positif yang berlaku di dalam kehidupan aku mahupun di kehidupan orang lain. Bagi aku, banyak perkara yang aku pelajari. Dan pelajaran ini 'sangat mahal yurannya'. Liku jalan dalam menghadapinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin kerana apa yang aku ingin laksanakan dari dulu, kini dan akan datang. Mungkin kerana jalan yang aku pilih yang memerlukan banyak pengorbanan, penelitian, pandangan yang jitu, kesabaran, kerelaan dan sehingga perlu menghayati makna memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti di pandangan orang lain tetapi nyata di penglihatan hadapanku ini.
Inilah jalan yang aku pilih. Dan aku sudah maklum akan kesan dan akibatnya. Dan tidak pernah terdetik untuk aku berpatah balik. Jalan yang bagaimana? Jalan yang jarang dilalui, "the road less travel by". Jalan yang kecintaannya dan tunjangannya hanya menuju ke kampung abadi. Walaupun diri belum sempurna sepenuhnya, walaupun pergerakan belum rapi sepenuhnya, namun digagahi juga untuk dihadapi sehingga ke nafas yang terakhir.
Aku tidak pernah meminta apatah lagi memaksa untuk orang-orang yang pernah atau berada di dalam mahupun di sekelilingku untuk memahami apa yang ingin aku laksanakan atau aku lalui, kerana banyak perkara yang memerlukan rungkaian yang pelbagai rupa. Jadi, aku teruskan dengan apa yang aku yakin dan percaya sehingga aku bisa menemui noktah yang terakhir. Jalan itu landasannya masih jauh, tetapi masa untuk ku seakan lama semakin singkat. Untuk aku memandang ke belakang, hanyalah ku jadikan cara untuk mempelajari banyak perkara dan ini akan aku gunakan untuk aku bergerak jauh ke hadapan. 
Jika perkara-perkara sebegini berlaku kepada anda sang pembaca sekalian, jangan salahkan diri. Malah pesan pada diri, "Alhamdulillah, aku belajar sesuatu". In sha Allah, akan ada hikmahnya yang Allah S.W.T akan berikan. Trust me, I was there before....
Suatu petikan bait-bait ayat yang pernah diilhamkan pada aku sebelum ini, dan petikan ini aku ingin kongsikan sekali lagi buat kalian kerana petikan ini sesuai aplikasinya di pelbagai situasi dan keadaan:

KU MENCARIMU BUKAN KERNA RUPA,
KU MENGENALIMU BUKAN KERNA HARTA,
KU MEMAHAMIMU BUKAN KERNA TAKHTA,
KU MENANTIMU KERNA KU YAKIN DAN PERCAYA,
KERNA HATI ITU SERAHANNYA HANYA PADA YANG MAHA SATU,
KERNA ITU HATI MENCINTAI TANPA RAGU,
KERNA ITU HATI MERINDUI TANPA JEMU,
BUKAN SEKADAR KELMARIN,
BUKAN SETAKAT HARI INI,
BUKAN LANJUTAN HARI ESOK,
TETAPI KU HARAP IANYA KEKAL SEHINGGA KE JANNAH...

Jumpa lagi diperkongisan akan datang... Jutaan Terima Kasih kerana anda sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini....
~KS NAZRI@CJFWLC RESOURCES@AKAL MALAYSIA~
#ikantumbukcjfwlc
#sedapbuatduit
014 611 9506

Macho? hahahahahah.....(perasan seketika)


Tuesday, October 28, 2014

Semua kerna aku...



Bismillahirrahman nirrahim….
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Dengan keizinanNya, aku masih diberi ruang untuk bernafas…
Dengan keizinanNya, aku masih diberi ruang untuk membuka mata untuk melihat dunia ciptaanNya
Dengan keizinanNya, aku masih diberi peluang untuk menulis kisah dan cerita…
Dengan keizinanNya, aku masih diberi peluang untuk meluahkan rasa pada kata dan pena…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan keizinanNya, aku diberi peluang untuk melalui sebuah lagi perjalanan yang mencabar…
Dengan keizinanNya, aku diberikan ruang untuk melalui sebuah lagi pengalaman yang penuh dengan dugaan…
Dengan keizinanNya, aku diberikan saat-saat untuk aku melihat diri sendiri sejauhmana kini aku telah melangkah..
Adakah langkahku ini adalah langkah yang sebenarnya…
Adakah langkahku ini adalah langkah yang sepatutnya…
Adakah langkahku ini adalah langkah yang menjadi ketentuanNya…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Aku tidak tahu setabah mana untuk aku meneruskan segala…
Aku tidak pasti sedalam mana ku masih percaya…
Aku tidak pasti sekukuh mana mampu untuk aku bertahan akan semua…
Hinggakan muncul di hadapan ku dua persimpangan…
Persimpangan yang mana masih lagi untuk aku terus berserah, terus yakin dan percaya, terus ku sematkan Dia Yang Maha Kekasih di dalam jiwa,
Atau,
Persimpangan yang mana aku perlu memuja, perlu menyerahkan segalanya selain dariNya, yang mana bukan pilihan yang sebaiknya…
Di antara dua persimpangan ini, muncul bisikan yang jelas dan nyata…
Di antara dua persimpanan ini, ada dilema yang menjadi tanda tanya…
Di antara dua persimpangan ini, ada laluan yang punya hasrat namun berbeza destinasinya…
Di antara dua persimpangan ini, muncul dua titik kelemahan dan juga kekuatan…
Di antara dua persimpangan ini, muncul dua kehidupan yang mampu memberikan segalanya atau menguji sentiasa…
Di antara dua persimpangan ini, tidak ada istilah untuk berpatah ke titik di mana ianya bermula…

Bukan aku ingin menyalahkan sesiapa…
Tidak berniat untuk aku salahkan sesiapa…
Ini bukan salah sesiapa..
Ini bukan angkara sesiapa…
realiti…
bila mana jiwa mula rapuh,
Ini cuma bila mana hati mula goyah,
Ini cuma bila mana diri mula lemah dan tidak bermaya…

Bukan salah ibuku yang mengandungkanku…
Malah aku sentiasa rindu padanya…
Malah salahku kerna bakti ku tidak seberapa padanya..
Malah salahku kerna tidak menjaganya sepenuhnya,
Malah salahku kerna membiarkan dia…
Malah salahku tidak menjadi anak yang baik buatnya…
Malah salahku kerna mewujudkan tangisan di kelopak matanya…

Bukan salah bapaku yang telah pergi selamanya..
Malah aku sentiasa rindu padanya..
Malah salahku kerna tidak menunaikan permintaannya…
Malah salahku kerna tidak selalu bersamanya..
Malah salahku kerna tidak sempat untuk berjumpa dengannya…
Malah salahku kerna tidak menjadi anak yang menjadi kebanggaannya di masa hidupnya..
Malah salahku kerna doaku jarang untuk aku ucapkan buatnya…

Bukan salah adik – adikku yang kini berjauhan denganku…
Malah aku sentiasa rindu pada mereka…
Malah salahku kerna tidak menunaikan tanggungjawabku kepada mereka..
Malah salahku kerna tidak bersama mereka di saat mereka membesar melihat dunia..
Malah salahku kerna tidak menjadi abang yang boleh dipercaya..
Malah salahku kerna tidak menjadi tempat untuk mereka berkongsi segala….

Bukan salah insan yang aku cintai…
Malah aku sentiasa rindu kepadanya…
Malah salahku kerna tidak bersamanya di kala saat getir dan susah..
Malah salahku tidak menunaikan lagi janjiku kepadanya..
Malah salahku menjadi insan yang tidak sesempurna yang dipinta…
Malah salahku yang mengguris dan menyakiti hatinya…
Malah salahku kerna belum  mejadi imam di dalam kehidupannya….

Bukan salah guru-guruku yang mendidik diri ini…
Malah aku hormat dan sentiasa kagum dengan mereka…
Malah salahku mengkhianati ilmu yang diberikan…
Malah salahku kerna ingkar akan setiap pengajaran…
Malah salahku kerna membelakangi akan setiap nasihat dan pedoman…
Malah salahku kerna setiap cebisan harapan mereka menjadi sia-sia…

Bukan salah rakan – rakanku, sahabat – sahabatku yang sentiasa ada di kala gembira atau sebaliknya…
Malah aku sentiasa meletakkan mereka sebagai pendamping yang setia…
Malah salahku kerna meruntuhkan kepercayaan yang dibina setelah sekian lama..
Malah salahku kerna membiarkan mereka tanpa aku peduli akan kisahnya...

Ingin saja aku tamatkan segalanya,
Agar tidak menjadi beban kepada sesiapa pun
Agar tidak menjadi tanggungan kepada sesiapa pun
Ingin saja aku jauhkan diri dari segalanya,
Agar tidak muncul khianat di dalam hidup mereka
Agar tidak hadir si bangsat ini yang mengganggu kepercayaan mereka
Ingin saja aku tinggalkan segalanya
Agar tidak terguris hati dan jiwa mereka
Agar tidak muncul rasa kecewa yang menghakis jiwa
Agar hidup mereka sentiasa tenang dan sejahtera…
Ingin saja aku pergi, ingin saja aku lenyapkan diri,
Agar aku tidak menjadi sejarah yang merosakkan kenangan mereka
Agar aku tidak menjadi pendomba yang sentiasa mengharapkan mereka
Agar aku tidak lagi muncul untuk memporak perandakan perjalanan mereka…

Ini balasan untukku yang kufur padaNya…
Ini balasan untukku yang lupa padaNya…
Ini balasan untukku yang ingkar padaNya…
Ini balasan untukku yang berpaling padaNya…
Ini balasan untukku yang khianat akan perintahNya…

Kemaafan tidak lagi layak buatku..
Keampunan tidak lagi layak untuk diriku..
Hanya hukuman untuk setiap perbuatanku yang menjadi santapan kehidupanku…

Bila sampai masanya, tidak akan ada lagi diri ini yang akan menyusahkan mereka…
Bila sampai masanya, tidak akan ada lagi diri ini yang mengecewakan mereka…
Bila sampai masanya, tidak akan ada lagi diri ini yang mengkhianati mereka…
Bila sampai masanya, tidak akan ada lagi diri ini yang berdusta kepada mereka…
Bila sampai masanya, tidak akan ada lagi diri ini yang mengganggu kehidupan mereka..

Cuma aku perlu sedikit waktu, untuk aku selesaikan segalanya…
Kemudian aku akan pergi, aku akan lenyap, aku akan tinggalkan selamanya…
Kerna aku hanya watak yang tidak wujud untuk merasa bahagia…
Kerna aku hanya watak yang tidak wujud untuk merasa apa itu sejahtera..
Kerna aku hanya watak yang tidak wujud untuk merasa apa itu cinta…
Kerna aku hanya watak yang tidak wujud untuk merasa apa itu percaya
Kerna aku hanya watak yang tidak wujud untuk merasa apa itu setia…
Kerna aku hanya watak yang wujud untuk singgah sementara, dan akan pergi segera…

Jika ini jalan buatku, aku redha…
Jika ini yang tersurat buatku, aku pasrah…
Dan jika ini pilihan untukku dariNya, maka aku serahkan kepadaNya, sepenuhnya, dengan ketentuanNya…ketentuanNya…

Ayat ini bukan puitis untuk mencengkam jiwa…
Kata ini bukan menagih simpati kepada hati..
Luahan ini, inilah realiti...


23 October 2014

~Azzuhudi@R.A~





















Sunday, June 8, 2014

HENDAK KU SAMPAIKAN...

Perjalanan ini, terasa sangat menyedikan,
sayang engkau tak duduk disampingku kawan,
banyak cerita yang mestinya kau saksikan,
di tanah kering berbatuan...

Tubuhku terguncang, dihempas batu jalanan,
hati tergetar menampak kering rerumputan,
perjalanan ini pun seperti jadi saksi,
gembala kecil menangis sedih...

Kawan cuba dengar apa jawapnya,
ketika ia ku tanya mengapa,
bapa ibunya telah lama mati,
ditelan bencana tanah ini...

Sesampainya di laut, ku khabarkan semuanya,
kepada karang, kepada ombak, kepada matahari,
tetapi semua diam, tetapi semua bisu,
tinggal aku sendiri, terpaku menatap langit...

Barangkali di sana ada jawapnya,
mengapa di tanahku terjadi bencana,
mungkin Tuhan mulai bosan,
melihat tingkah kita,
yang selalu salah dan bangga dengan dosa - dosa...

Atau alam mulai enggan, bersahabat dengan kita,
cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...

Setelah sekian lama, aku cuba mengelak untuk dari menulis pada ruang blog ini, namun, hati dan jari jemari ini takkan pernah tenang, takkan pernah damai untuk hari - hari seterusnya.

Apa yang aku ingin kongsikan kali ini? Aku sendiri pun agak blur sebenarnya...ku biarkan hati ini bersuara sepenuhnya... Mungkin kerna terlalu banyak memendam hinggakan lemah itu mula datang. Hendak saja aku hilangkan diri seperti sebelum ini, hendak saja terus aku biarkan dan lupakan, tapi itu bukannya jalan terbaik sebenarnya.

Kadang aku tertanya, bukan ingin mempertikai, cuma ingin mencari jawapan yang terbaik untuk diri sendiri; apakah masih ada ruang untuk aku menemui kedamaian, kebahagiaan atau ini adalah 'bayaran' yang perlu aku langsaikan untuk perkara yang lepas?

Tidak pernah aku nafikan jika itu percaturan dari Yang Maha Kekasih, jika sengsara, susah, kecewa, adalah jalan untuk aku temui lagi sinar yang mampu membuat aku senyum, maka, aku relakannya berlaku.
Bukan mudah.. iya.... Bukan senang... Tiada jalan pintas...Hanya janji, percaya, yakin yang ada untuk aku teruskan.

Penulisan kali ini ku tujukan khas buat insan - insan yang penting dalam hidup aku, insan - insan yang mana semakin lama semakin jarang untuk aku bersemuka, semakin jarang untuk aku temui, semakin kurang bicaran... Aku akui, masih banyak janji yang pernah aku ucapkan buat kalian, tapi belum sepenuhnya aku dapat penuhi. Masih banyak yang ingin aku laksanakan bersama kalian, tapi hingga saat ini ianya masih tertangguh lagi. Mungkin masa yang ku ambil untuk aku kotakan setiap bait kata-kataku, bagi kalian mungkin sudah terlalu lama, maaf jika ianya tidak seperti yang kalian harapkan.

Aku bukan yang terbaik... aku akui...Aku takkan pernah untuk menjadi sempurna... aku terima... Buat masa ini, tidak dapat aku penuhi segalanya... Masih aku usahakan, hendak ku laksakan... Maaf jika aku tidak ada di sana bersama kalian di saat mungkin aku diperlukan. Maaf jika aku bukan seperti yang lain yang ketika ini dapat memenuhi segalanya. Maaf jika tampak seperti aku tidak peduli, tapi aku amat peduli di kala mana pun keadaan yang ku hadapi.

Jika kebencian, kemarahan, cacian, kalian hendak leparkan pada aku untuk semua kebodohan, kelemahan, kesilapan, kesalahan, tidak bertanggunjawab, tidak bersungguh, tidak peduli, tidak serius, tidak menepati, pengkhianatan dan yang berkaitan samada secara langsung atau tidak langsung yang mana sengaja atau tanpa sengaja yang berada dalam tindakan aku,  ku serah pada kalian, kalau itu yang layak untuk aku perolehi, kalau itu yang layak untuk aku terima.  

In Sha Allah, Doaku buat kalian tidak pernah aku abaikan... Kasih, sayang, cinta, setia, rindu, ingatan, buat kalian tidak pernah luput dalam setiap saat yang diberikan padaku, pada setiap hari aku dibangunkan dan ditidurkan semula. 

Maaf, maaf dan maaf, ampun ku pinta, kerana hati dan jiwa ini tidak pernah tenang, dan seakan ada salah dan silap yang belum ku tebusi buat kalian...

Doakanlah buat diriku ini... Moga akan ada lagi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ini... Moga ada lagi redha buatku dariNya... Aku hanya ingin suarakan apa yang hati ini hendakkan, mahukan, agar di mana pun kalian berada, kalian sudi membaca bingkisan yang tidak seberapa ini... Maaf sekali lagi jika bingkisan yang tidak seberapa ini kurang elok penulisannya...

Aku berharap, aku dapat menulis lagi, untuk aku berkongsi kisah dan cerita buat kalian, buat sang pembaca...
Hingga kita berjumpa lagi di penulisan dan bingkisan yang akan datang....

-Azzuhudi@R.A-
~Search from HEART~